dengan nama Allah aku mulai
by Babyzaiyne on Deviantart |
fikiran bersawang masalah bersarang
dek manusia bodoh yang sentiasa rakus mengejar harta
mana suria mana pula purnama?
terangilah hatinya, bukakanlah lapangan untuknya
jangan biarkan kami layu
jangan ditinggalkan kami bisu
usah ditinggalkan kami beku
tunaikanlah dulu tanggungjawabmu.
hey si pendek, bodoh, tolol, bangang!
apa yang kamu mahu lagi?
tidak cukupkah anugerah Tuhan untukmu?
rumah besar, chalet merata, harta melimpah.
apa lagi?
oh kamu mahu mengumpul dosa?
apa kamu mahu ke neraka?
tidak takut azab yang amat seksa?
mahu lihat Tuhan murka?
hey insaflah, nyawamu masih bersisa
sebelum Izrail datang menghirup nyawa.
harta dunia.
buat matamu lolong, itulah hakikatnya.
No comments:
Post a Comment