Monday, September 6, 2010

Hari Lahir

Cake I by ~my Ambition on deviantart


dengan nama Allah aku mulai.

menghitung masa
usia meniti usia
makin hampir kepada Yang Esa.

jari menari
membilang usia sendiri
telah banyak jalan yang dilalui.

jangan bimbang
tiada kegelapan
biarpun lilin tidak dinyalakan.

Tuhan izinkan
dipinjamkan bintang
agar terang laluan di hadapan

jangan terpesong
mulut yang lopong
omongan dunia yang kosong

teruskan berjuang
jangan cuba terlentang
selagi nafas bersama badan.

hati rindu
jangan sayu. 
jiwa kaku
jangan buntu.
ini buatmu
teman jiwaku.
Selamat Hari Lahir;
Atif Banin - 30 Ogos
Umi - 31 Ogos 
Zu Ain Najwa - 7 Sept
Kak Nazlinda - 7 Sept
Abah - 10 Sept
Chocolate Ice cream by Rosalindharrison on Deviantart


"tawa pena aku yang rasa" (:

No comments:

Post a Comment

i love hits!^^V

blogger analytics