Tuesday, January 11, 2011

lemah dan hambar.

dengan nama Allah aku mulai (:

by Shepherd on Deviantart

demam lagi. entah kenapa sejak kebelakangan ni aku kerap jea demam.
malam semalam aku keluar makan malam dengan semua housemates aku. 
berat.
rasa berat kepala pulak mase tuh, tapi aku takk layan pun, lawan!;D
lepas jea balik makan malam, hidung tersumbat, pening kepala dannnn taksedap badan.
rase macam panas jea, tp aku lawan lagi! HAHAHA
keesokan pagi, demam aku semakin menjadijadi. arghh :D
dahlaa ade MidSem examination. aduii. xpe la. sabar je lahh, ni sume ujian dari Allah untuk hamba yang disayangiNya, alhamdulillah.

***

selimut dibetulkannya. berkali-kali. beberapa kali terdengar suara mengerang. sakit lagaknya.

"kenapa Aqwa guna saratoga (sejenis selimut tebal) kau tu, Asyraf?" soal Irfan. berjenaka.

"dia demam, biarlah.." balasnya.

lampu bilik dipadamkan. gelap. segera aku bangun dari tempat tidur.

"nah, ambil balik saratoga ni" kataku, layu.

"eh, takpela, ade satu lagi ni. biar aku guna yang ini. kau guna lah saratoga tu" balas Asyraf.

"takpelah, lagipun aku nak study ni, banyak lagi yang aku tak cover."

saratoga bertukar tangan. muka berbalas pandang. walaupun tubuhku serba lemah, aku gagahkan juga untuk masa depan. jam ditangan dijelingku, ah sudah pukul satu pagi!

dengan tenaga yang berbaki, aku berjalan lemah menuju ke meja study. laptop masih terpasang. digerak-gerakkan tetikus. mataku menumpu ke arah "notification"  facebookku. ada 6 semuanya. namun tidakku hiraukan.

fail Histology dibuka. dibelekku mind maps yang telah aku siapkan sebelum demam datang just to say "hello" kepadaku. pening kepala, batuk, dan selsema cuba ku lawan. sapu tangan berwarna putih biru dan bergambar teddybear ku gunakan untuk menekap mulutku ketika bersin dan batuk.

sendirian aku di suatu sudut rumah, menahan sejuk, ditemani bunyi mesej dari cellphoneku yang menghiasi sunyi malam tu.

by Teakster on Deviantart


"Aku tidak tahu
Keadaan yang mana yang patut aku mensyukuri-Mu Ya Allah..
Waktu yang mana
Yang paling kerap aku memuji-Mu
Apakah di waktu sihat
Ketika engkau senangkan aku dengan yang dari rezeki-Mu yang melimpah

Ya Allah..
Engkau bangkitkanlah semangatku
Untuk mencari redha dan rahmat-Mu
Engkau kuatkan aku untuk mentaati-Mu
Pada apa yang telah Kau berikan segalanya bagi-Ku"

sekilas aku memandang jam, pukul 1.20pagi. tubuhku semakin berat.

"semoga Allah sihatkan aku sebelum exam esok. tapii..memanglah kesembuhan itu semuanya dari Allah. tapi aku perlu ikhtiar dan bertawakkal kepadaNya" bisik hatiku, merayu.

aku menyelongkar almariku, Panadol Actifast 500mg dicapai, bersama sebungkus mee segera. perencah mee segera yang asal diganti dengan gula+garam+sos tiram. bukan kerana bahaya perencah mee segera itu, tapi kerana perencah yang sedia ada tidak sedap! 

selesai makan, aku kembali ke meja study. sebiji Panadol Actifast diambil.

"Bismillah...."

ubat ditelan. cellphone di tepiku masih kujadikan sebagai teman. dibalasku mesejnya.

"ah, aku kena tidur ni. tak larat dah nak study."
"uhuk..uhukk!" batuk.

aku segera bingkas bangun ke sinki dapur.

"ah, berdarah lagi?"

"nasib baik sikit jea. nasib baik jugak ubat dan mee segera tak keluar, hehehe" pujuk hatiku.

dengan hati yang sedih, langkah yang hambar, aku menuju ke katil.

"aku harus tidur" bisik hatiku, menangis.

jemariku rancak menekan kekunci cellphone . dipujuknya aku, supaya bersabar. iya, aku bersabar. aku harus memikirkan setiap inci perjalanan kehidupanku.

"arghh!"

aku berhenti berbalas mesej. dia sudahpun lena. kesian, semalaman menemani aku tanpa alasan. zalimkah aku?

15 minit kemudian, terbayang wajah arwah abangku yang meninggal 4 tahun yang lalu. segera terimbas kenangan yang lampau. terkenang wajahnya, ukir senyumnya, lagak marahnya. ah, aku masih ingat lagi sewaktu dia sakit, dalam bulan ramadhan. petang tu, arwah hendak pergi ke bazar ramadhan, diajaknya aku untuk menemaninya ke bazar. dengan sisa kudrat yang ada, dia memboncengku. lagak arwah bawa motosikal macam orang tua. sekejap ke kanan, sekejap ke kiri jalan.

"Azfar, kalau taklarat nak bawak motor biar aku lah yang bawak" suaraku, bimbang.

"takpayah la, kau bukannya ada lesen" pujuknya.

dan di atas motosikal Honda 70cc berplat DP793 tu jugak hatiku berkata, nekad.

"kalaulah penderitaan abang aku ni boleh transfer macam tu je, aku pasni nak."

di atas motosikal tu juga, aku menangis.

dan pada malam tu, aku menangis.airmata menghiasi pipiku, dada semakin sebak. teringat kenangan dulu-dulu. aku rindu. apa khabar kamu di sana? semoga Allah sentiasa melindungi kamu. ditempatkan bersama para anbiya', berlindung di bawah Arasy Allah yang agung. amiin.
tidurku tidak menentu. sekejap tersedar, sekejap terlelap dek tersumbat hidung.
fikiran berkecamuk. diuji sebegini rupa. namun aku tidak mengeluh, saudaraku di bumi Palestin lebih menderita terseksa, kehilangan ahli keluarga, terkena bom kimia. ah, dunia lebih zalim dari sakit yang menderita! aku pasrah. ya Allah...

"Ya Allah
Sampaikan selawat kepada Muhammad dan keluarganya
Cintakan aku kepada apa yang Kau redhai untukku
Ringankan bagiku
Apa yang telah Engkau timpakan kepadaku
Sucikan aku dari hal-hal kotor
Hapuskan dariku keburukan
Yang sebelumnya aku kerjakan
Berikan kepadaku nikmatnya kesihatan
Datangkan kepadaku sejuknya kesejahteraan
Jadikan jalan keluarku dari sakitku
Menuju keampunan-Mu
Perpindahanku dari kemalanganku
Menuju maaf-Mu
Lepaskan aku dari deritaku
Menuju ketenteramanMu
Keselamatanku dari kesusahan ini
Menuju pertolonganMu
Sungguh Engkau yang mencurahkan anugerah
Menabur kurnia
Maha Pemberi, Maha Pemurah
Pemilik keagungan dan kebaikan"


lena dalam titisan airmata.

5 comments:

  1. T_T feels sad when read this..i miss him..i miss you too..i know its a sacrifice of life..me also wish to turn back time..but i know its impossible..and never will be the same again..even he is not here anymore but he showed us to have spirit in our life..insyaAllah, i believe you are strong to face the problems..

    ReplyDelete
  2. zueaen: insyaAllah, thanks ya!^^V
    k.na: insyaAllah, i will. just pray for me. :)

    ReplyDelete
  3. i always pray for you..always!!and you remember???today is his birthday..

    ReplyDelete
  4. i do remember his birthday. ;( im fucking alone.

    ReplyDelete

i love hits!^^V

blogger analytics