Tuesday, January 4, 2011

ada hikmahnya

dengan nama Allah aku mulai (:

the Quezera Photography

di suatu sudut, di dalam sebuah rumah yang dipenuhi dengan gelak ketawa, riang berjenaka.

***

kepala yang tidak gatal digarunya lagi. dan lagi. halaman subtopik 'cytogenetics' dibeleknya berulang kali. semakin berkecamuk lagatnya.

"argh, haritu dah baca topik  ni, apesal tak ingat nihh!" dengus hatiku.

"takpelah, ape salahnya bace banyakbanyak kali. baru lebih mantap" pujuk diriku.

sekilas, aku mengimbas kembali kejadian petang itu. seorang lelaki berkaca mata swatch, berbaju levis putih. di tangannya wafer susu yang dibelinya dari kedai yang berhampiran dengan imarah (bangunan) 12. mungkin. perlahan dia menghampiri aku, sebungkus wafer baru dihulurya kepadaku.

"tafaddhol" katanya.

"syukran" balasku sambil menggelengkan kepala, menolak lembut pemberiannya.

"maalish ya sodiq." kataku lagi sambil tersenyum tawar.

aku memalingkan muka aku dan memulakan perjalanan alam maya. difikirkan tentang perjalanan hidup, kisah masa depan. terlalu banyak impian, tapi tiada usaha yang bersungguh serta berterusan untuk memenuhi impian itu. siang hampir melabuhkan tirainya, aku tetap dengan anganku. disitu.

selesai maghrib, aku ke suatu tempat yang keadaannya kebih berserabut daripada Wakaf Che Yeh untuk mencari barang yang ingin di pos ke Malaysia. kesana dan kemari, kesitu dan kesini. setelah segelas air oren ditegukku dan sebotol mineral 600ml yang isinya sudah separuh diminumku, akhirnya aku sampai di tempat yang hendak dituju. sesat pada awalnya. ehee. :p

berurusan dengan orang arab mesir ni memerlukan kesabaran. adehh. setelah selesai membayar semua sekali, aku berjalan ke suatu tempat. teksi ditahan. harga dipersetujui. walaupun agak mahal tetapi aku tak kisah, kepalaku sudah berserabut dan pening. diam saja aku dalam teksi itu. sekali sekala dibualkan beberapa cerita, dikongsi bersama.

aku teruskan berbual dengan teman jiwaku di dalam teksi itu. malam yang agak suram kembali cerah. bukan kerana matahari yang menyinari di malam hari, tetapi gurau senda yang menghiburkan apa yang terluka.

teksi berhenti betulbetul di tengah jalan. gear ditukar kepada reverse. aku tergamam.

"ya rais, leeh?" tanyaku

"you didn't see? there's an accident. two men at the back" jawabnya. speaking.

by swordsmanphotographer on Deviantart
dua orang lelaki terbaring di tengahtengah jalan. keadaan menjadi agak kelam kabut. polis menghubungi ambulan. agaknya. mangsa kelamalangan itu tertiarap, salah seorang cedera parah. darah keluar dari telinga dan kepala. Alhamdulillah kedua-dua mangsa itu tidak pengsan. mungkin separuh sedar.

Nabi s.a.w bersabda: "Tidak ada seseorang Islam yang ditimpakan sesuatu yang menyakiti, iaitu penyakit atau lainnya, melainkan Allah gugurkan dengan sebab itu dosa-dosanya, sebagaimana pokok menggugurkan daunnya (pada musimnya yang tertentu)."


 
Abdullah bin Mas'ud r.a


sesudah tiba di rumahku, solat ditunaikan dan doa dipohonkan kepadaNya yang Maha Esa. selesai solat, buku Histology dibelekku, chapter Cytogenetics dicariku. Alhamdulillah jumpa. maka dibaca olehku sehingga mataku terlelap dek keletihan.

p/s: everything happens for a reason. ada hikmahnya.

No comments:

Post a Comment

i love hits!^^V

blogger analytics