dengan nama Allah aku mulai.
by pink-promise on Deviantart |
aku malu.
aku tersipu.
wahai Tuhan,
jagalah aku, kuatkan aku.
jangan biarkan aku, kurangkan imannya.
tabahkanlah aku untuk mendidiknya.
untuk hari hari, yang seterusnya.
banyak lagi,
gusar di hati,
panjatkan kepada Ilahi,
kerana apa yang pasti,
Tuhan pasti menanti,
doa dari hambanya yang mati.
ayuh hati,
bangkit lagi!
ayuh semangat,
kembali kuat!
**“ mujahid adalah yang berjihad melawan nafsunya dijalan Allah.”
(diriwayatkan Tirmidzi dari Fudhalah bin ‘Ubaid)